Ikan di laut asam di darat
Dalam periuk bertemu juga
Hati terpaut janji diikat
Atas pelamin bertemu jua
Tempat raja menanam pala
Tempat puteri mandi bersiram
Sebanyak rambut atas kepala
Rasa cinta penuh mendalam
Itulah gambaran betapa hebatnya cinta Ana Rafali dengan pasangannya Ahmad Aznaim Abdullah yang selamat disatukan dalam satu majlis pernikahan yang cukup meriah di Masjid al-Hidayah, Taman Melawati, 25 Februari 2012.
Masjid al-Hidayah dipilih menjadi lokasi tautan cinta kerana Ana Rafali yang kini semakin anggun dengan imej bertudungnya, memilik nama sebenar Nur Hidayah binti Mohd Raffali.
Sebagai artis tersohor, sesuai dengan namanya Nur Hidayah, Ana Rafali bertekad untuk menutup auratnya, tambahan pula beliau menerjah ke gerbang perkahwinan. Katanya beliau mahu menjadi isteri yang solehah buat suami tercinta.
Majlis untuk Ana Rafali-Naim diadakan serentak pada 25 Februari. Majlis bertunang, akad nikah dan bersanding dijalankan sekaligus. Tema yang dipilih adalah putih. Suatu warna yang membawa maksud, suci, bersih dan murni.
Ramainya tetamu yang datang tidak dapat dihitung. Ustaz Abdullah Che Mat bapa kepada pengantin lelaki menjemput 1000 tetamu yang terdiri daripada rakan artis, selebriti, vip dan jemputan sanak saudara. hadirin yang datang melimpah ruah sehingga mencapai 2000 orang.
Kepada pasangan Ana Rafali-Naim, FirmanKreatif crew mengucapkan tahniah di atas perkahwinan anda berdua, dengan doa Barakallahu lakuma, wabaraka 'alaikuma, wajama'a bainakuma bil khayr.
Banyak dapat ikan tembakul.
Ikan tembakul dikerat-kerat
Yang kami doakan sudah terkabul
Biar sampai dunia akhirat.